Kenali Bandung

Promosi Pakej Lawatan ke Bandung



HZ Marketing dengan kerjasama Kembara Murni Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan pakej melancong ke tempat-tempat yang menarik di Bandung, Indonesia. Dengan pakej bujet yang anda mampu tanpa mengabaikan kelesesaan peserta, menjadikan pakej kami sebagai pakej yang tidak patut anda lepaskan..

Bandung merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Di samping udaranya yang nyaman, Bandung juga terkenal dengan gedong-gedong membeli-belahnya sehingga orang mengelarkan sebagai 'syurga membeli-belah'. Pastinya anda akan teruja dengan kota Bandung...

KENALI BANDUNG





Sejarah

Kata 'Bandung' berasal dari kata bendung atau empangan kerana terbendungnya sungai Citarum oleh lava Gunung Tangkuban Perahu yang lalu membentuk telaga. Legenda yang diceritakan oleh orang-orang tua di Bandung mengatakan bahawa nama 'Bandung' diambil dari sebuah kendaraan air yang terdiri dari dua perahu yang diikat berdampingan yang disebut perahu bandung yang digunakan oleh Bupati Bandung, R.A. Wiranatakusumah II, untuk melayari Ci Tarum dalam mencari tempat kedudukan daerah yang baru bagi menggantikan ibu negara yang lama di Dayeuhkolot.


Kota Bandung secara geografi memang kelihatan dikelilingi oleh pergunungan, dan ini menunjukkan bahawa pada masa lalu bandar Bandung memang merupakan sebuah telaga atau tasik. Legenda Sangkuriang merupakan legenda yang menceritakan bagaimana terbentuknya tasik Bandung, dan bagaimana terbentuknya Gunung Tangkuban Perahu, lalu bagaimana pula keringnya tasik Bandung sehingga meninggalkan cekung seperti sekarang ini. Air dari tasik Bandung menurut legenda tersebut kering kerana mengalir melalui sebuah gua yang bernama Sangkyang Tikoro.


Daerah yang terkini sisa-sisa tasik Bandung yang menjadi kering adalah Situ Aksan, yang pada tahun 1970-an masih merupakan tasik tempat berpariwisata, tetapi saat ini sudah menjadi kawasan perumahan untuk penempatan. 

Kota Bandung mula dijadikan sebagai kawasan penempatan sejak pemerintahan kolonial Hindia-Belanda, melalui Gabenor jenderalnya waktu itu Herman Willem Daendels, mengeluarkan surat keputusan tarikh 25 September 1810 tentang pembangunan sarana dan prasarana untuk kawasan ini. Dikemudian hari peristiwa ini diabadikan sebagai hari jadi kota Bandung.

Kota Bandung secara rasmi mendapat status gemeente (kota) dari Gabenor Jeneral JB van Heutsz pada tarikh 1 April 1906.

Pada masa perang kemerdekaan, pada 24 Mac 1946, sebahagian bandar ini di bakar oleh para pejuang kemerdekaan sebagai bahagian dalam strategi perang waktu itu. Peristiwa ini dikenali dengan sebutan Bandung Lautan Api dan diabadikan dalam lagu Halo-Halo Bandung. Selain itu bandar ini kemudian ditinggalkan oleh sebahagian penduduknya yang berpindah ke kawasan lain  

Pengenalan Ringkas Tentang Kota Bandung

Bandung terletak di daerah Jawa Barat Indonesia dan ianya merupakan bandar yang ke dua terbesar selepas Jakarta. Ianya berkeluasan sekitar 3,600 kilometer persegi dan terdiri daripada 26 buah kota dengan penduduk kira-kira 42 juta orang dan merupakan kota yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Wilayah ini mempunyai pelbagai tarikan pelancongan seperti 287 objek pelancongan alam sekitar, 104 pelancongan budaya dan 168 pelancongan dengan minat khusus. Sebanyak 13 kota rayanya pula memiliki corak batik khas daerah masing-masing.

Kota Bandung yang sinonim dengan jolokan 'Paris Van Java' itu tebal dengan elemen kebudayaan yang mana penduduknya kebanyakan berketurunan Sunda. Elemen kebudayaan itu bersatu dengan kekayaan alam semula jadinya yang menjadikan ianya begitu menarik untuk diterokai. Orang-orang Sunda memang baik dan berbudi bahasa dan sangat menghormati tetamu. Wanita-wanitanya pula terkenal dengan kecantikannya dan berkulit putih. Ramai artis-artis Indonesia datang dari dearah ini.

Dengan ketinggiannya 768 meter dari aras laut, ianya memberikan suasana udara yang nyaman (purata sekitar 22.6°C). Ianya dikelilingi pula oleh beberapa buah gunung berapi yang masih aktif seperti gunung berapi Tengkuban Perahu, Papandayan, Guntur, Ceremai dan banyak lagi. Hamparan sawah padinya yang luas dan kehijauan ladang teh di kaki gunung, serta udaranya yang nyaman dapat menimbulkan rasa yang sangat mendamaikan. Gabungan kesemua itu umpama sebuah lukisan yang sungguh indah.

Selain daripada bentuk muka buminya yang mengasyikan itu, kota Bandung juga sangat terkenal dengan pusat membeli belahnya. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan berjenama antarabangsa dengan harga yang sangat berpatutan.

Antara tempat membeli belah yang mashyur ialah Rumah Mode, Mode Plus, Donatello, The Summit Butique Outlet dan banyak lagi.

Pasar Baru pula terkenal dengan produk kain ela, baju kebaya, telekung dan pelbagai macam lagi dengan harganya berganda-ganda murahnya berbanding dengan di Malaysia.

Bagi peminat barangan kulit pula, anda boleh mendapatkannya di Jalan Cibadayutyang ditawarkan dengan harga yang cukup murah. Pendek kata, kota Bandung memang sesuai jika dinamakan sebagai 'syurga membeli belah'. 

Justru itu tidak hairanlah begitu ramai rakyat Malaysia datang kesana untuk berbelanja di samping menenangkan fikiran setelah penat bekerja.

Jangan lepaskan peluang untuk menerokai segala keindahan dan pengalaman membeli belah di kota Bandung. Kini anda boleh mendapatkan percutian yang menarik seperti di atas dengan kos bujet kami.

Anda boleh memilih pakej-pakej yang kami tawarkan. Kami akan membawa anda untuk menerokai kota Bandung dan sudah tentunya pengalaman membeli belah yang mengasyikan....


No comments:

Post a Comment