Tempat-tempat Menarik di Kelantan

A) Istana Jahar – Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan

Istana Jahar
Lokasi
Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar terletak di atas Lot No. 430 dalam seksyen 7 bandar Kota Bharu. Keluasan kawasan Muzium adalah 1822 meter persegi. Kedudukannya di kawasan pusat bandar dan ditengah-tengah rangkaian zon budaya menjadikan bangunan Muzium ini mercu tanda dan daya tarikan pelancong ke negeri Kelantan Darulnaim.

Bangunan ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan lama dan bersejarah. Di sebelah kiri tersergam indah Istana Balai Besar yang dibina dalam tahun 1840 dan merupakan pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pada waktu itu. Di sebelah kanannya pula berdiri megah Masjid Muhammadi yang menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduk negeri Kelantan. Disebelah belakang pula terdapat sebuah Istana Lama yang pernah menjadi tempat kediaman almarhum Sultan Yahya Petra semasa bergelar Tengku Mahkota.

Istana ini dibina dalam tahun 1939 iaitu semasa pemerintahan Sultan Ismail 1920-1944 dan dikenali dengan nama Istana Batu. Kini bangunan ini telah dijadikan Muzium Diraja. Di bahagian hadapan terdapat satu kawasan meletak kenderaan yang agak luas dan selesai. Untuk sampai ke Muzium ini daripada pusat bandar para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan beca roda tiga atau dengan berjalan kaki. Jaraknya cuma 0.5 kilometer sahaja.

Latar belakang

Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan Istana Jahar ini telah dibina oleh tukang-tukang kayu yang mahir dari seluruh negeri Kelantan diketuai oleh Che Sulaiman dari Kampung Sireh dan dibantu oleh Nik Salleh dari Kampung Atas Bangol serta Haj i Mohd Salleh Dato Kaya Bakti . Upacara pembinaannya telah dilakukan dengan penuh adat istiadat. Ini kerana Istana merupakan tempat bersemayam dan lambang kebesaran dan kedaulatan raja-raja yang memerintah.

Mengikut Arifin bin Abd. Rashid dalam bukunya Ringkasan Sejarah Kelantan : Dalam tradisi pemerintahan Raja-raja Melayu Istana merupakan tempat untuk kediaman perlindungan menerima tamu mesyuarat dan menjalankan pemerintahan juga sebagai pusat pengajian Islam serta mengeluarkan banyak hasil-hasil sastera . Pada tahun 1886 Sultan Muhammad 11 mangkat tetapi bangunan Istana yang baru masih dalam pembinaan. Baginda telah digantikan oleb anakanda baginda yang sulung iaitu Raja Long Sulong. Setelah menaiki takhta baginda memakai gelaran Sultan Ahmad.

Baginda Sultan Ahmad menitahkan agar kerja-kerja pembinaan istana baru ini diteruskan sehingga ia siap sepenuhnya. Akhimya pada tahun 1887 setahun selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Muhammad 11 barulah istana ini siap dan boleh didiami.Di samping Istana Jahar ini Baginda Sultan Ahmad juga menintahkan agar dibina sebuah lagi istana baru di sebelah hilir Istana Balai Besar untuk Tengku Bongsu. Istana ini kemudiannya dikenali dengan nama Istana Tengku Sri Akar.

B) Kampung Kraftangan


Ia merupakan simbol pelancongan utama Negeri Kelantan. Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah kampung sebenar. Hanyalah simbol pelancongan untuk dijadikan daya tarikan kepada pelancong. Berdekatan Kampung Kraftangan ini juga terdapat banyak monumen, tinggalan sejarah, kebudayaan dan kesenian yang boleh anda lawati seperti Bank Kerapu, Muzium Kraftangan, Istana Balai Besar, Padang Bank, Istana Jahar dan Pintu Gerbang. Selain itu, Masjid Muhammadi juga terletak berdekatan. Anda boleh menunaikan solat di Masjid ini. Kedudukannya saling berdekatan dengan tempat-tempat menarik yang lain menjadikan ianya salah satu tempat yang wajib dilawati jika datang ke Kelantan.

Bagi yang ingin membeli cenderamata untuk yang tersayang, terdapat pelbagai jenis barangan cenderamata, hasil kraftangan, barangan tradisional yang dijual di Kampung Kraftangan. Barangan tersebut meliputi barangan ikuran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan.



Pelbagai hasil kraftangan yang dijual di sini. Sesuai untuk dijadikan cenderamata kepada saudara dan kawan.

C) Masjid Beijing Rantau Panjang
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra menjadi mercu tanda keagungan Islam di bumi Kelantan. Upacara perletakan batu asas masjid yang diberi nama Masjid Cina atau Masjid Beijing ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra pada 8 Mac 2004.

Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang bercirikan seni bina masjid Cina di Beijing. Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing,China.Lokasi masjid ini terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang sekitar 2 Km dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.

Mula dibina pada 12 September, 2005 dan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.






D) Pantai Cahaya Bulan (PCB)

Pantai Cahaya Bulan yang menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu

Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941. Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ini pada masa Perang Dunia II. Pada masa itu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama ini pada hari ini, walaupun mereka lebih suka merujuk kepada pantai ini sebagai PCB.

Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan keluarga-keluarga tempatan, khususnya pada hujung minggu. Pantai ini lengkap dengan kemudahan untuk para pengunjung, terdapat pilihan hotel, chalet, kawasan perkhemahan, kedai makan dan gerai, dan tandas awam.


Makanan laut menjadi tarikan utama di Pantai Cahaya Bulan

Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.


Tip:

  • Disepanjang jalan dari KB ke PCB terdapat banyak gerai yang menjual jagung rebus. Jangan lupa untuk membeli jagung rebus untuk di makan di PCB. Menikmati jagung panas sambil melihat keindahan pantai lebih memberi kepuasan dan menjimatkan poket.
  • Harga makanan seperti seafood dan fishball celup tepung di sini agak mahal. Beli lah dalam kuantiti yang sedikit sebagai langkah berjimat.
  • Kedai paling hujung yang paling dekat dengan pantai menjadi kegemaran penduduk tempatan kerana lebih murah dari kedai-kedai lain.
  • Jika ingin makan, pilihlah kedai yang bersih. Terdapat segelintir kedai yang kurang menjaga kebersihan.


E) Pantai Genting, Tumpat

Satu lagi tempat peranginan yang tidak kurang popularnya selain dari Pantai Cahaya Bulan di Kelantan ialah di Pantai Geting, Tumpat.Pantai Geting ini bersebelahan dengan Pantai Sri Tujuh dan merupakan antara pusat peranginan yang baru dikomersilkan sejak 8 tahun lepas.Dikatakan nama Geting ini berasal dari perkataan Inggeris ‘get in’.

Cukup meriah dengan pengunjung....

Pemandangan sewaktu matahari mula tenggelam...comel!!!

Pantai Genting juga telah dijadikan sebagai venue rasmi Pertandingan Wau Antarabangsa Kelantan. Acara ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan.








Antara keunikan wau atau layang-layang yang dipertandingkan

F) Pantai Senok, Bachok

Terkenal dengan jolokan "Pulau Nami Malaysia", Pantai Senok menjadi tumpuan kepada pengunjung dari dalam dan luar Kelantan untuk mengabadikan kenangan mereka. Seolah-olah berada di pulau yang terkenal di Korea dan angin pantai yang menghembus lembut membuatkan pengunjung seakan tidak mahu pulang. Jom ke sini jika anda ingin mengabadikan kenangan anda di Pulau Nami....

Pakej Lawatan ke Kelantan (Sila klik di bawah):



No comments:

Post a Comment